58 warga KSSUP dikurniakan Pingat Kerja Lama




Oleh : Aimi Sani / Foto : Azmah Haji Ahad





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Mei. - Seramai 58 warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah dikurniakan Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-79 Tahun bagi Tahun 2025 pada majlis yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, bangunan KSSUP, di sini.


Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat kepada para penerima ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.


Pengurniaan pingat berkenaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada warga KSSUP atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan dan ia juga sebagai penyuntik semangat kepada warga kementerian untuk meningkatkan lagi prestasi kerja serta terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk cemerlang.


Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.


Close